XM Affiliate: Program Rakan Niaga XM

XM Partner Program atau XM affiliate adalah program rakan niaga yang disediakan oleh syarikat XM kepada individu-individu yang ingin menceburkan diri dalam industri introducing broker (IB) di Malaysia.

XM Partner program ini memberi anda peluang untuk menjana pendapatan dengan cara memperkenalkan platform broker XM kepada orang ramai. Dengan itu, anda akan memperolehi komisen daripada aktiviti tersebut. Program ini menawarkan kadar komisen yang kompetitif. XM juga menyediakan pelbagai alat marketing untuk membantu XM Partner untuk mempromosikan XM itu sendiri.

Saya akan terangkan lebih lanjut mengenai XM Affiliate Program di bawah ini.

Apa itu XM Affiliate Program dan Bagaimana ia Berfungsi?

XM Affiliate Program adalah program pemasaran yang memberi ganjaran dalam bentuk komisen kepada seseorang IB kerana merujuk atau mempromosi platform XM kepada orang ramai. IB pula akan memperolehi komisen daripada sebarang aktiviti perdagangan yang dilakukan oleh pelanggan yang berdaftar di bawah IB tersebut.

Pihak XM pula akan menyediakan pelbagai bahan pemasaran kepada IB mereka. Antaranya adalah, banner promosi yang boleh mereka gunakan di laman web mereka atau dalam kempen pemasaran email mereka.

Siapa yang layak menyertai Affiliate Program ini?

Affiliate program ini terbuka kepada semua orang yang berminat di dalam bidang affiliate ini termasuk blogger, Influencer, pengguna sosial media dan online content creators seperti youtuber. Untuk join, anda tidak perlu mempunyai skill atau kemahiran untuk berdagang forex yang bagus, anda hanya perlu mempunyai pengetahuan dan teknik pemasaran yang bagus dan tidak malu untuk mempromosikan XM kepada orang ramai.

Kelebihan Program Affiliate XM

Program affiliate broker forex XM mempunyai beberapa kelebihan, termasuk:

Kadar komisen yang kompetitif

XM menawarkan dua jenis komisen untuk Program Affiliate sebagai IB iaitu, komisen daripada aktiviti perdagangan dan komisen di bawah sub-IB mereka.

Anda akan menerima komisen sehingga $ 25 bagi setiap lot standard yang didagangkan dan 10% komisen daripada sub-affiliate anda. Komisen anda pula ditentukan oleh level atau tahap kedudukan anda sebagai affiliate.

Level anda ditentukan oleh poin yang diperoleh daripada deposit pelanggan baru yang aktif serta aktiviti dagangan pelanggan anda. Prestasi anda diukur dalam tempoh 30 hari, bermula dari pertama kali anda memperoleh poin.

Terdapat lima tahap kedudukan ahli affiliate XM secara keseluruhan dan setiap satu mempunyai kelebihan yang tersendiri:

Bronzer – Anda akan menerima komisen sehingga 8 USD untuk setiap lot yang didagangkan.

Silver – Anda akan menerima komisen sehingga 13 USD untuk setiap lot yang didagangkan serta 30 level poin.

Gold – Anda akan menerima komisen sehingga 18 USD untuk setiap lot yang didagangkan serta 75 level poin.

Platinium – Anda akan menerima komisen sehingga 23 USD untuk setiap lot yang didagangkan dan 140 level poin.

VIP – Anda akan menerima komisen sehingga $ 25 commission per lot dan 200 level poin.

Secara keseluruhannya, XM merupakan broker forex yang tidak kedekut memberi ganjaran kepada rakan niaga mereka. Tidak seperti sesetengah broker forex yang hanya memberikan komisen serendah 1 USD kepada rakan niaga mereka seperti broker forex OctaFX.

Oleh itu, jika anda ingin menjana pendapatan yang lumayan sebagai rakan niaga, saya sarankan anda untuk mendaftar di bawah broker forex XM.

Pelbagai alat pemasaran

Sebagai rakan niaga, alat pemasaran adalah perkara yang paling penting. Marketing yang baik akan menentukan keberhasilan sesuatu produk yang anda jual. Di XM, anda bukan sahaja menerima komisen yang lumayan sebagai ganjaran daripada kerja keras anda, tetapi anda juga akan mendapat sokongan dari segi alat promosi secara percuma sahaja. Perkara ini akan memudahkan kerja anda untuk mempromosikan XM di mata dunia.

Ahli rakan niaga mempunyai akses kepada pelbagai bahan pemasaran termasuk banner, link affiliate dan logo. Bahan pemasaran ini boleh digunakan di laman web anda, kempen pemasaran email atau sosial media anda. Selain itu, anda juga perlu mencari inisiatif sendiri untuk membina bahan promosi secara kreatif untuk memantapkan lagi “empayar” anda.

Platform yang boleh dipercayai dan mesra pengguna

XM menyediakan partner cabinet yang simple dan mudah dipahami. Anda boleh memantau aktiviti yang berlaku di bawah IB anda melalui partner cabinet ini seperti memantau komisen anda dengan lebih terperinci melalui statistik dan laporan secara langsung pada masa yang nyata.

Dalam ruang partner cabinet ini, anda boleh melihat laporan seperti berikut:

Komisen

Di dalam partner cabinet, anda boleh memantau baki komisen anda. Dari sudut kanan atas anda akan melihat baki komisen semasa anda sejak kali terakhir anda membuat pengeluaran. Komisen anda akan dikreditkan ke dalam akaun ahli setiap 6 hari. Selepas komisen anda dikreditkan ke dalam akaun ahli anda, anda boleh memilih untuk membuat pengeluaran atau pun tidak.

Laporan dan Statistik

Dalam kawasan statistik partner cabinet anda, anda akan melihat statistik terperinci semua kempen yang telah anda buat setakat ini.

Sebagai contoh, jika anda melaksanakan beberapa kempen di laman web anda sendiri, anda akan dapat melihat laporan analisis kempen anda tersebut seperti jumlah klik dan jumlah orang yang telah membuka akaun dagangan untuk setiap kempen anda secara berasingan.

Senarai Trader

Dalam partner cabinet, anda juga akan dapat melihat senarai trader (pedagang) yang berdaftar di bawah IB anda pada bahagian Reports > Trader List and Statistics. Dalam ruang Trader List and Statistics, anda akan melihat maklumat trader seperti nama dan akaun ID mereka.

Telus

Sama anda anda tahu atau tidak, sebenarnya ada sesetengah broker forex terutamanya di Malaysia yang tidak bersikap telus kepada rakan niaga mereka. Ada sesetengah yang suka “mencuri” pelanggan rakan niaga mereka, sengaja memotong komisen dan yang lebih teruk adalah komisen ranak niaga langsung tidak dibayar.

Di XM, anda tidak perlu risau tentang perkara tersebut. Ini kerana, XM tidak akan menipu rakan niaga mereka sendiri. Selain itu, XM juga menyediakan partner cabinet yang memaparkan semua laporan dan statistik aktivit yang berlaku dibawah IB anda sendiri. Oleh itu, anda boleh meletakkan kepercayaan anda kepada XM sepenuhnya.

Proses Withdrawal Yang Mudah dan Pantas

Salah satu masalah yang sering kita dengar adalah, broker forex mengambil masa terlalu lama untuk memproses permintaan pengeluaran rakan niaga atau menyediakan kaedah pengeluaran yang sukar terutamanya bagi orang Malaysia.

Berbeza pula dengan broker XM. Broker XM menyediakan kaedah pengeluaran yang mudah kepada pelanggan mereka seperti local bank transfer dan pengeluaran melalui local depositor. Selain itu, proses pengeluaran dana juga tidak mengambil masa yang terlalu lama hingga berhari-hari.

Mudah Dipasarkan

Produk dan tawaran yang menarik merupakan salah satu punca kenapa orang lain tertarik untuk membeli atau melanggan produk yang kita jual. Di XM, mereka menawarkan tawaran yang menarik berupa wang maya seperti bonus deposit 30 USD yang tidak ditawarkan pada mana-mana broker yang lain.

XM ibarat bagi duit “free” kepada pelanggan mereka. Ini kerana, pelanggan baru XM boleh membuka akaun dagangan secara percuma dan akan mendapat bonus 30 USD. Secara ringkasnya, pedagang tidak perlu mengeluarkan modal untuk mula berdagang dengan XM.

Selain itu, XM juga mempunyai laman web yang sangat komersial. Laman web mereka direka dengan sangat bijak yang menggabungkan maklumat tentang perkhidmatan serta tawaran istimewa dengan jelas.

Secara ringkasnya, dengan adanya kelebihan seperti ini, tugas anda sebagai seorang rakan niaga sangat mudah. Anda tidak perlu bersusah payah untuk “menjual” XM. Anda hanya perlu berikan link affiliate anda dan pedagang sendiri akan membuka akaun dengan broker XM.

Perkhidmatan pelanggan yang sangat baik

Sistem komunikasi yang baik merupakan salah satu aspek yang penting jika anda ingin menjadi rakan niaga. XM menawarkan perkhidmatan pelanggan yang sangat baik. Sokongan perkhidmatan mereka tersedia 24 jam 7 hari seminggu.

Sokongan perkhidmatan pelanggan mereka juga tersedia dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Anda boleh menghubungi pasukan perkhidmatan pelanggan melalui email, panggilan telefon atau sembang langsung (live chat).

Anda juga akan mempunyai Pengurus Akaun (account managers) sendiri dari pihak XM apabila anda mendaftar sebagai Affiliate. Urusan anda akan menjadi lebih lancar dengan adanya account managers ini. Anda juga boleh menghubungi Pengurus Akaun anda melalui empat cara iaitu melalui email, panggilan telefon, Skype dan whatsapp.

Bagaimana Cara Anda Untuk Mempromosikan XM sebagai Affiliate?

Sebagai rakan niaga, anda mempunyai beberapa cara untuk mempromosikan XM kepada orang ramai. Kaedah yang paling biasa ialah pemasaran dalam talian atau online marketing yang boleh dilakukan melalui banner ads, text links atau kempen email.

Selain itu, anda juga boleh mempromosi XM melalui website anda, blog, Youtube, atau sosial media seperti Facebook, Instagram, Twitter, dan tiktok. Promosi yang menarik akan menarik para trader untuk mula berdagang dengan XM melalui anda.

Anda juga boleh mempromosikan XM melalui secara offline. Ini termasuklah memberitahu rakan, keluarga dan rakan sekerja anda tentang pengalaman hebat yang anda alami dengan XM dan menggalakkan mereka untuk membuka akaun.

Akhir sekali, anda juga boleh mempromosikan XM melalui seminar forex atau kelas bimbingan forex. Namun, pemasaran dengan cara ini memerlukan anda untuk mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam perdagangan forex. Jika anda tidak yakin dengan “skill” perdagangan anda, maka saya tidak sarankan anda untuk membuat promosi seperti ini.

Sebagai seorang yang sudah lama menceburi diri dalam bidang affiliate atau rakan niaga, saya nasihatkan anda untuk membina imej yang tulus, boleh dipercayai dan membina hubungan yang baik dengan trader yang berdaftar di bawah IB anda jika ini bertahan lama dalam industri ini.

Bagaimana Cara Untuk Mendaftar Sebagai Affiliate?

Cara untuk mendaftar sebagai Affiliate adalah mudah sahaja. Anda hanya perlu mendaftar di laman web rasmi XM sebagai Affiliate. Tiada deposit minimum atau syarat perdagangan yang perlu anda ikuti. Oleh itu, anda boleh mula mempromosikan XM dan mendapatkan komisen dengan segera.

Saya akan terangkan bagaimana cara untuk mendaftar sebagai Affiliate (XM partner program) di bawah.

1. Klik butang “Daftar Affiliate” di bawah.


2. Sila isi maklumat yang diminta seperti maklumat peribadi, maklumat kediaman, maklumat yang boleh dihubungi dan maklumat business (jika ada).

3. Selepas itu, anda perlu mengesahkan alamat email anda. Anda hanya perlu klik link yang dihantar oleh pihak XM melalui email anda.

4. Akhir sekali, anda perlu mengesahkan akaun Affiliate (personal account)anda dengan memuat naik dua jenis dokumen iaitu:

  1. Satu salinan berwarna pasport atau lain-lain dokumen pengenalan rasmi (seperti lesen memandu, kad pengenalan, dll).
  2. Bil utiliti terkini (seperti elektrik, gas, air, telefon, minyak, Internet dan/atau sambungan kabel TV) atau penyata bank bertarikh dalam 6 bulan terkini yang mengesahkan alamat berdaftar anda.

Kesimpulan

Affiliate program XM ialah cara terbaik untuk mendapatkan pendapatan dengan merujuk pelanggan baru kepada Kumpulan XM. Program ini adalah percuma dan tiada deposit minimum atau keperluan perdagangan lain yang perlu anda ikuti. Ini memudahkan sesiapa sahaja untuk menyertai program ini.

Jadi apa tunggu lagi? Daftar sekarang dan mula dapatkan komisen dengan menjadi Rakan Niaga XM.