XM Withdrawal: Cara Mengeluarkan Duit Dari Akaun Dagangan XM Ke Akaun Bank Anda

XM merupakan salah satu forex broker di Malaysia yang menyediakan kemudahan pengeluaran yang mudah kepada pelanggan mereka.

Anda boleh membuat pengeluaran melalui online bank transfer, Kad Kredit/Debit, Neteller, Skrill dan WebMoney.

Namun, kaedah pengeluaran yang paling mudah bagi pedagang dari Malaysia adalah kaedah pengeluaran melalui online bank transfer.

Saya akan terangkan bagaimana cara untuk membuat pengeluaran melalui online bank transfer di bawah ini.

Bagaimana Cara Untuk membuat Withdrawal dengan XM?

Sebelum anda membuat pengeluaran, anda perlu mengesahkan akaun XM anda dengan salinan kad pengenalan (ID) anda. Selepas akaun dagangan anda disahkan, anda boleh membuat pengeluaran dana seperti di bawah:

Langkah 1

Login ke Member Area anda, kemudian klik butang Withdraw Funds.

Langkah 2

Pilih kaedah pengeluaran Online Bank Transfer.

Langkah 3

Sila pilih nama bank anda dan masukkan jumlah dana yang ingin di keluarkan. Selepas itu, klik butang Request untuk menghantar permohonan pengeluaran.

Permohonan pengeluaran anda akan diproses dalam tempoh 24 jam.